Header3

Soalan Lazim

Soalan 1 : Apakah punca kelewatan kes di Mahkamah Syariah Negeri Kedah Darul Aman?

Jawapan :

  1. Saman / Permohonan tidak dapat diserahkan kepada Pihak Kena Tuntut / Pihak Menentang.
  2. Permohonan Penyampaian Luar Bidang Kuasa tidak difailkan bagi kes yang Pihak Kena Tuntut / Pihak Menentang berada di luar negeri Nedah Darul Aman.
  3. Afidavit penyampaian tidak difailkan apabila penyerahan dibuat di luar negeri Kedah Darul Aman.
  4. Pihak Menuntut / Pemohon atau Pihak Kena Tuntut / Pihak Menentang mohon tangguh untuk penyelesaian luar mahkamah.
  5. Pihak Menuntut / Pemohon atau Pihak Kena Tuntut / Pihak Menentang mohon tangguh kerana tidak dapat pelepasan cuti daripada majikan.
  6. Pihak Menuntut / Pemohon atau Pihak Kena Tuntut / Pihak Menentang mohon tangguh kerana cuti sakit.
  7. Pihak Menuntut / Pemohon atau Pihak Kena Tuntut / Pihak Menentang mohon tangguh kerana cuti kecemasan.
  8. Pihak Menuntut / Pemohon atau Pihak Kena Tuntut / Pihak Menentang mohon tangguh kerana untuk melantik peguam.
  9. Pihak Menuntut / Pemohon atau Pihak Kena Tuntut / Pihak Menentang mohon tangguh kerana untuk memfailkan dokumen.
  10. Pihak Menuntut / Pemohon atau Pihak Kena Tuntut / Pihak Menentang mohon tangguh kerana saksi tidak dapat disepina.
  11. Pihak Menuntut / Pemohon atau Pihak Kena Tuntut / Pihak Menentang mohon tangguh kerana saksi tidak dapat hadir.
  12. Peguam mohon tangguh kerana cuti sakit.
  13. Peguam mohon tangguh kerana cuti kecemasan.
  14. Peguam mohon tangguh kerana ada kes di Mahkamah yang lebih tinggi.
  15. Peguam mohon tangguh kerana tarikh yang diberikan bertindih dengan tarikh yang ditetapkan terdahulu.
  16. Peguam mohon tangguh kerana dokumen yang diperlukan masih belum diperolehi.
  17. Peguam mohon tangguh kerana atas arahan anak guam.
  18. Saman kepada Tertuduh tidak dapat diserahkan.
  19. Waran tangkap tidak dapat diserahkan.
  20. Afidavit penyampaian kepada Tertuduh tidak difailkan apabila membabitkan luar negeri Kedah Darul Aman.
  21. Pendakwa tidak dapat memberi alamat terkini Tertuduh.
  22. Hakim cuti kecemasan.
  23. Hakim cuti sakit.
  24. Hakim menangguhkan kes atas sebab pihak-pihak / peguam tidak hadir tanpa sebab.
  25. Hakim menangguhkan kes atas sebab-sebab pentadbiran. 


Soalan 2 : Berapa lama proses panggilan untuk sebutan setelah kes didaftarkan ?

Jawapan : Pada kelazimannya tarikh sebutan akan diberikan serta-merta selepas pendaftaran kes disempurnakan dan tarikh sebutan akan ditentukan dalam tempoh 30 hari bekerja selepas kes didaftarkan.


Soalan 3 : Bila surat penghakiman atau perintah dikeluarkan setelah kes selesai ?

Jawapan : Surat penghakiman atau perintah akan dikeluarkan dalam tempoh seminggu selepas kes selesai. Perintah mahkamah akan dikeluarkan apabila permohonan mengeluarkan perintah dibuat beserta bayaran RM4.00. Adalah dinasihatkan kepada pihak-pihak yang berkepentingan dalam sesuatu perintah Mahkamah memohon perintah dikeluarkan segera (selepas kes selesai), jangan tunggu sampai salah satu pihak engkar perintah baru hendak memohon. Penghakiman atau Perintah bertulis Mahkamah amat penting bagi permohonan penguatkuasaan perintah. Perintah akan difailkan oleh Peguam Syarie jika pihak-pihak diwakili Peguam Syarie.


Soalan 4 : Bila surat cerai akan dikeluarkan ?

Jawapan : Pengeluaran surat cerai adalah dalam bidangkuasa Pejabat Agama Islam Daerah. Mahkamah hanya mengeluarkan surat kebenaran pendaftaran perceraian.


 Soalan 5 : Mengapa terdapat kes-kes jenayah syariah tidak dapat dibicarakan atau dibuang kes ?

Jawapan : Ini terjadi boleh jadi disebabkan fakta kes tidak jelas atau Pendakwa gagal membuktikan kes secara “prima facie” terhadap Tertuduh atas sesuatu tuduhan.


Soalan 6 : Kenapa mahkamah tidak membayar nafkah saya sedangkan saya sudah dapat perintah ?

Jawapan : Mahkamah hanya berkuasa mengeluarkan perintah kepada suami untuk membayar perintah nafkah dan sebagainya. Bayaran itu akan dibuat oleh pihak suami bukan mahkamah. Tetapi sekiranya pihak suami tidak membayar seperti yang diperintahkan, si isteri atau anak yang berkepentingan dengan nafkah tersebut boleh memohon penguatkuasaan perintah di  mahkamah. Mahkamah akan mengeluarkan perintah penguatkuasaan dalam bentuk samada memerintahkan bayaran secara potongan gaji atau dipenjarakan seperti mana yang dipohon oleh puan.

 
Soalan 7 : Kenapa saya tidak dibenarkan berjumpa dan mengadu dengan Hakim ?

Jawapan : Anda tidak akan dibenarkan berjumpa dan mengadu kepada Hakim bagi mengelakkan ketidakadilan (berat sebelah). Masa untuk berjumpa Hakim ialah apabila kes anda disebut / dibicarakan di dewan mahkamah atau semasa mahkamah bersidang. Sekiranya anda ada urusan berkaitan dengan perbicaraan atau kes bolehlah berjumpa dengan pihak Pembantu Pendaftar atau Penolong Pendaftar di Mahkamah Rendah Syariah dan Pembantu Pendaftar atau Pendaftar di Mahkamah Tinggi Syariah.

Ingatkan Saya

Ahad-Rabu
8.00a.m-5.00p.m

Khamis
8.00a.m-3.30p.m

Rehat
1.00p.m-2.00p.m

Hari ini188
Semalam211
Minggu ini496
Minggu Lepas623
Bulan ini1223
Bulan lepas2416
Jumlah458020

qrcodeHakcipta © 2015, Unit Teknologi Maklumat, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kedah Darul Aman.
Penterjemahan Google digunakan untuk bahasa selain daripada English dan Melayu.
Sesuai dipaparkan menggunakan Internet Explorer 9.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768

Kemaskini Terakhir: Selasa, 12 Disember 2017
Ezyweb Content Management System

Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kedah
Aras 2, Bangunan Mahkamah Syariah,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
Bandar Mu'Adzam Shah,
06550 Alor Setar, Kedah Darul Aman.
Tel: 04-700 1980 Fax: 04-700 1989
Email: syariah[dot]negeri[at]kedah[dot]gov[dot]my

Mobile Web / Kedah Apps