Header3

Prosedur Pendaftaran Kes Jenayah

Pendaftaran kes jenayah syariah hanya didaftarkan oleh pihak Pendakwa Syarie Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman. Namun bagi memberikan pemahaman kepada masyarakat mengenai cara-cara kes jenayah didaftarkan, dibawah ini disenaraikan prosedur pendaftaran kes jenayah syariah di Mahkamah Syariah Negeri Kedah Darul Aman.

Permohonan pendaftaran kes jenayah hendaklah disertakan dengan :

  • 2 salinan borang permohonan pendaftaran kes
  • 2 salinan Kertas Pertuduhan.

Setelah dokumen lengkap diterima, kes akan didaftarkan dan tarikh sebutan kes kali pertama akan diberi.Tarikh sebutan kes akan ditentukan dalam tempoh 30 hari bekerja. Pihak Pendakwa Syarie akan diberikan satu salinan borang permohonan pendaftaran kes yang mengandungi tarikh sebutan & nombor kes.


Jika Pendakwa Syarie mahu menyerahkan Saman kepada Tertuduh, serahkan Saman berserta satu salinan kertas pertuduhan itu kepada Pendakwa Syarie. Jika tidak, serahkan Saman kepada Penghantar Notis bagi saman dalam daerah untuk penyampaian.


Jika Tertuduh berada di luar daerah, sediakan surat iringan ke mahkamah daerah tempat Tertuduh tinggal bagi tujuan penyampaian. Jika Saman diterima oleh Tertuduh di Mahkamah, surat iringan tidak diperlukan.

Ingatkan Saya

Ahad-Rabu
8.00a.m-5.00p.m

Khamis
8.00a.m-3.30p.m

Rehat
1.00p.m-2.00p.m

  • * EKSPO MUAFAKAT KEDAH 2018*

    PADA : 24 FEBRUARI 2018 HINGGA 3 MAC 2018
    JAM : 10 PAGI HINGGA 10 MALAM
    TEMPAT : PERKARANGAN STADIUM DARULAMAN

     
     
     
Hari ini89
Semalam103
Minggu ini258
Minggu Lepas616
Bulan ini1851
Bulan lepas2635
Jumlah464284

qrcodeHakcipta © 2015, Unit Teknologi Maklumat, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kedah Darul Aman.
Penterjemahan Google digunakan untuk bahasa selain daripada English dan Melayu.
Sesuai dipaparkan menggunakan Internet Explorer 9.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768

Kemaskini Terakhir: Selasa, 20 Februari 2018
Ezyweb Content Management System

Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kedah
Aras 2, Bangunan Mahkamah Syariah,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
Bandar Mu'Adzam Shah,
06550 Alor Setar, Kedah Darul Aman.
Tel: 04-700 1980 Fax: 04-700 1989
Email: syariah[dot]negeri[at]kedah[dot]gov[dot]my

Mobile Web / Kedah Apps