Header3

Latar Belakang

Latar Belakang Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kedah Darul Aman 

Pada mulanya, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kedah Darul Aman terletak di bahagian belakang masjid negeri iaitu Masjid Zahir.

 

Pada bulan Jun 2009, jabatan ini telah berpindah ke bangunan baru yang terletak di Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan di Bandar Mua'dzam Shah.

Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kedah Darul Aman (JKSK) ditubuhkan berdasarkan Seksyen 3 (1)(2)(3) Enakmen Mahkamah Syariah (Kedah) 1993. Penubuhannya mula berkuatkuasa pada 1 Januari 1996. Sejak ditubuhkan hingga 31 Disember 1996 Mahkamah Syariah Negeri Kedah Darul Aman ditadbir bersama dengan Jabatan Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman (JAIK).

Mulai 1 Januari 1997 Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kedah Darul Aman ditubuhkan dan telah diasingkan daripada pengurusan JAIK dan mempunyai pentadbirannya sendiri, di mana Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kedah Darul Aman diketuai oleh seorang Ketua Hakim Syarie. Perjawatan yang telah diluluskan oleh Perbendaharaan Malaysia untuk Jabatan ini semasa ditadbirkan bersama JAIK adalah sebanyak 23 jawatan. Perbendaharaan Malaysia selanjutnya meluluskan tambahan perjawatan sebanyak 29 jawatan mengikut waran perjawatan bilangan 2/96 yang berkuatkuasa 1 Oktober 1995 kemudian ditambah lagi sebanyak 20 jawatan mengikut waran perjawatan bilangan 18 tahun 2000 berkuatkuasa 1 Mei 2000. Pada 13 Jun 2003 sebanyak 49 jawatan tambahan telah diluluskan menurut waran perjawatan bilangan 7 tahun 2003 berkuatkuasa 1 November 2002.

Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kedah Darul Aman bertanggungjawab mengurus, mendengar dan memutuskan kes-kes di semua peringkat Mahkamah Rendah Syariah, Mahkamah Tinggi Syariah dan Mahkamah Rayuan Syariah di dalam pengurusan kes Mal, Jenayah dan Faraid.

Ingatkan Saya

Ahad-Rabu
8.00a.m-5.00p.m

Khamis
8.00a.m-3.30p.m

Rehat
1.00p.m-2.00p.m

Hari ini73
Semalam101
Minggu ini432
Minggu Lepas859
Bulan ini2150
Bulan lepas1300
Jumlah453111

qrcodeHakcipta © 2015, Unit Teknologi Maklumat, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kedah Darul Aman.
Penterjemahan Google digunakan untuk bahasa selain daripada English dan Melayu.
Sesuai dipaparkan menggunakan Internet Explorer 9.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768

Kemaskini Terakhir: Selasa, 17 Oktober 2017
Ezyweb Content Management System

Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kedah
Aras 2, Bangunan Mahkamah Syariah,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
Bandar Mu'Adzam Shah,
06550 Alor Setar, Kedah Darul Aman.
Tel: 04-700 1980 Fax: 04-700 1989
Email: syariah[dot]negeri[at]kedah[dot]gov[dot]my

Mobile Web / Kedah Apps