Header3

Mahkamah Rendah Syariah Kulim

                                               KURSUS PELUPUSAN DOKUMEN KEWANGAN

                                       

Kursus Pelupusan Dokumen Kewangan diadakan pada 20-22 Februari 2017 bersamaan 23-25 Jamadilawal 1438 di Hotel Swiss Inn Sungai Petani.  Kursus ini dihadiri oleh Pembantu Tadbir Kewangan, Pembantu Tadbir (Perkeranian&Operasi) dan Setiausaha Pejabat.   Mahkamah Rendah Syariah Kulim diwakili oleh Puan Noraini bt Mansor,  Puan Zahirinah bt Akhir dan Puan Noorfaezah bt Ariffin.  Selepas menghadiri kursus ini, semua pelupusan dokumen kewangan dapat dibuat dengan baik dan teratur mengikut prosedur yang telah ditetapkan.

                                              WACANA KETUA HAKIM SYARIE
                                                 NEGERI KEDAH DARUL AMAN

                                       
Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kedah Darul Aman telah mengadakan program Wacana Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kedah Darul Aman pada 12 Januari 2017 bersamaan 13 Rabiulakhir 1439 bertempat Dewan Seminar, Aras, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kedah Darul Aman.

Wacana ini merupakan taklimat tahun baru 2017 kepada semua kakitangan agar dapat meningkatkan prestasi, bersemangat intergriti dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik dan mesra pelanggan. Melaksanakan tugas dengan cekap dan berkesan dengan keazaman serta kecekalan dalam mengharungi cabaran tahun ini. YAA Dato' Ketua Hakim Syarie juga menegaskan supaya meneruskan kecemerlangan agar dipandang hebat, memartabatkan Kehakiman Syariah selaras dengan motto "Syariah Asas Keadilan".

                                       
Ucapan wacana oleh YAA Dato' Ketua Hakim Syarie

Kakitangan Mahkamah Rendah Syariah Kulim diwakili oleh Penolong Pendaftar-Ustaz Abdul Halim bin Yusof, Pembantu Pendaftar-Ustaz Muhamad Wazir bin Yusuf, Pembantu Tadbir Kewangan-Pn. Noraini bin Mansor, Setiausaha Pejabat-Pn. Noorfaezah bt Ariffin dan Pembantu Operasi-En. Mohd Fadzizinoor bin Mohd Fadzil. Diharapkan semua kakitangan mahkamah ini bersemangat tinggi dan beriltizam untuk kecemerlangan Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kedah Darul Aman.

                                               MAJLIS PERPISAHAN PELAJAR LATIHAN INDUSTRI

Penempatan pelajar latihan industri di Mahkamah Rendah Syariah Kulim ialah pada 1 September 2016 dan tamatnya latihan pada 29 Disember 2016. Pelajar tersebut ialah Cik Siti Haslina bt Mat Daud dari Universiti Utara Malaysia dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Kewangan dan Perbankan Islam.  Satu majlis perpisahan telah diadakan pada 29 Disember 2016 bagi meraikan pelajar tersebut. Diharapkan melalui program latihan industri ini, pelajar dapat menambah ilmu, kemahiran dan pengalaman bekerja dalam bidang pengurusan yang mampu melahirkan modal insan yang cemerlang.

                                                                                     
                    
                                               BENGKEL PEMURNIAN DATA STATISTIK

Unit Latihan Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kedah telah mengadakan Bengkel Pemurnian Data Statistik pada 6-8 Disember 2016 bersamaan 6-8 Rabiulawwal 1438 di Hotel Swiss Inn, Sungai Petani Kedah. Bengkel ini diadakan bagi memastikan data statistik kes bertambah baik dan perlaksanaan yang terancang selari dengan ketetapan kes.  Melalui bengkel ini para peserta dapat meningkatkan kemahiran yang ada, kefahaman yang lebih jelas, memperbaiki atau menambah pengetahuan dalam melakukan tugasan tersebut.  Bersesuaian dengan prosedur dan cara kerja, kesan dari penambahbaikan sistem baru yang diperkenalkan.  Tugasan lebih cepat, efisien dan pantas dalam memahirkan kerjaya mereka.

             
Penyerahan Sijil kepada peserta kursus Mahkamah Rendah Syariah Daerah Kulim pada majlis penutupan bengkel

Acara perasmian penutup dilakukan oleh Y.A.A Dato' Ketua Hakim Syarie Negeri Kedah.  Semoga bengkel ini dapat memberi manfaat sepenuhnya kepada para peserta.  Antara peserta yang hadir mewakili Mahkamah Rendah Syariah Kulim ialah Penolong Pendaftar-Ustaz Abdul Halim bin Yusof, Pembantu Pendaftar-Pn. Nurah Farihah bt Hj Abdul Wahab, Ustaz Muhamad Wazir bin Yusuf dan Pn. Nazatul Shima bt Abdullah.

                                                         PENYELENGGARAAN DAN MEMBAIKPULIH


Penyelenggaraan dan membaikpulih struktur siling dan pendawaian Mahkamah Rendah Syariah Kulim dilakukan pada 11-12 November 2016 bersamaan 11-12 Safar 1438.  Kerja-kerja ini mengambil masa dua hari bagi
penambahbaikan kepada struktur yang sedia ada.

      
      
                                                       
                                                     PELUPUSAN FAIL

Fail-fail kes Mal dan Faraid tahun 2000-2006 telah dilupuskan termasuk fail-fail kes Jenayah tahun 2010-2013. Dua orang Pegawai dari Unit Rekod Jabatan Kehakiman Syariah Kedah bersama dengan kakitangan Mahkamah Rendah Syariah Kulim, mengambil masa selama empat hari bermula pada 7 hingga 10 November 2016 bersamaan 7 hingga 10 Safar 1438, bagi melupuskan fail-fail lama yang terdapat di mahkamah.

 

        HARI PERTAMA 07.11.2016 (ISNIN)                   HARI KEDUA 08.11.2016 (SELASA)

   
        HARI KETIGA 09.11.2016 (RABU)                         HARI KEEMPAT 10.11.2016 (KHAMIS)

                                                AKTIVITI KACAU BUBUR ASYURA

Majlis diadakan pada 18 Oktober 2016 bersamaan 17 Muharram 1438.  Semua kakitangan gotong-royong bagi menjayakan program ini.
                    



                                  MAJLIS PENYERAHAN TUGAS HAKIM SYARIE DAN PEGAWAI SULH
                                                 MAHKAMAH RENDAH SYARIAH DAERAH KULIM

         TN SYEIKH AHMAD SUKRI BIN CHE DIN           TN SYEIKH MOHD TARMIZI BIN ABD AZIZ


Majlis ini diadakan pada 8 Ogos 2016 bersamaan 25 Zulkaedah 1437 juga merupakan majlis perpisahan Hakim Syarie, Tuan Syeikh Ahmad Sukri bin Che Din yang ditukarkan ke Mahkamah Rendah Syariah Daerah Langkawi dan Tuan Syeikh Mohd Tarmizi bin Abd Aziz, Pegawai Sulh Mahkamah Rendah Syariah Daerah Kulim ke Mahkamah Rendah Syariah Daerah Bandar Baharu sebagai Hakim Syarie di sana.

Majlis ini juga turut meraikan perpisahan pelajar latihan industri.

                  pelajar latihan industri
Ingatkan Saya

Ahad-Rabu
8.00a.m-5.00p.m

Khamis
8.00a.m-3.30p.m

Rehat
1.00p.m-2.00p.m

Hari ini72
Semalam101
Minggu ini431
Minggu Lepas859
Bulan ini2149
Bulan lepas1300
Jumlah453110

qrcodeHakcipta © 2015, Unit Teknologi Maklumat, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kedah Darul Aman.
Penterjemahan Google digunakan untuk bahasa selain daripada English dan Melayu.
Sesuai dipaparkan menggunakan Internet Explorer 9.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768

Kemaskini Terakhir: Selasa, 17 Oktober 2017
Ezyweb Content Management System

Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kedah
Aras 2, Bangunan Mahkamah Syariah,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
Bandar Mu'Adzam Shah,
06550 Alor Setar, Kedah Darul Aman.
Tel: 04-700 1980 Fax: 04-700 1989
Email: syariah[dot]negeri[at]kedah[dot]gov[dot]my

Mobile Web / Kedah Apps