Header3

Biodata Ketua Hakim

Ketua Hakim

  DATO' SYEIKH ABD. RAHMAN BIN HJ. ABDULLAH
  D.P.M.K, A.M.K., B.C.K.
  Telefon : 047001986
  Fax       : 047001579
  Email    : abdrahman@esyariah.gov.my

 
Syeikh Abd Rahman Bin Abdullah dilahirkan pada 11.3.1967 di Hutan Kampong, Alor Setar Kedah dan merupakan anak ke-3 daripada 8 orang adik beradik hasil perkongsian hidup antara Haji Abdullah Bin Haji Zainal Ahidin dan Hajah Om Binti Haji Abdullah. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Hutan Kampong dan seterusnya melanjutkan pengajian di peringkat menengah di Maktab Mahmud Alor Setar daripada tahun 1 980 sehingga 1983. Setelah mendapat keputusan yang cemerlang pada peperiksaan Sijil Rendah Peperiksaan (SRL') beliau telah berjaya menempatkan diri di Kolej lslam Kelang dan kemudiannya beliau menyambung pengajian beliau di peringkat ijazah di Universiti Kebangsàan Malaysia (UKM) daripada tahun 1988 sehingga 1992 dan berkat kegigihan beliau akhirhya beliau berjaya menggengam segulung ijazah Sarjana Muda Pengajian  lslam ( Kepujian). Lantaran daripada minat beliau di dalam bidang kehakiman syariah, maka pada tahun 1992, beliau menyambung pengajian belìau di peringkat diploma Undang-undang dan pentadbiran  Kehakiman  lslam  di  Universiti  lslam  Antarabangsa selama 2 tahun daripada tahun 1992 sehingga 1994. Manakala pada tahun 2010, beliau telah berjaya menamatkan pengajian peringkat sarjana di Universiti lslam Antarabangsa dan memperoleh Ijazah Sarjana Perundangan  lslam.
 
Syeikh Abd Rahman Hj Abdullah memulakan karier beliau sebagai Hakim Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur daripada tahun 1994 sehingga 1998. Atas dasar beliau ingin mencurahkan jasa bakti kapada tanah tumpah kelahiran beliau, maka pada tahun 1998 beliau telah kembali ke negeri bertuah Kedah Darul Aman dan menyertai Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kedah dan seterusnya ditugaskan sebagai Hakim Syarie di Mahkamah Rendah Syariah Baling / Sik daripada tahun 1998 sehingga 2001 dan pada masa yang sama membantu Mahkamah Rendah Syariah Kulim/Bandar Baharu. Di atas kesungguhan dan dedikasi yang ditunjukkan oleh beliau sepanjang tempoh perkhidmatan, maka pada tahun 2001 beliau telah dilantik sebagai Ketua Pendaftar Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kedah dan beliau memegang jawatan tersebut sehingga tahun 2010 dan kini beliau menjawat jawatan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah berkuatkuasa  daripada 19.12.2010.
 
Di sebalik kesibukan beliau di dalam menjalankan tugas, bapa kepada 3 putera dan seorang puteri ini masih dapat meluangkan masa menjadi pensyarah sambilan di Universiti Kolej Insaniah daripada tahun 2003 sehingga 2009 khusus berkaitan dengan enakmen keluarga lslam. Sepanjang tempoh perkhidmatan beliau di negeri Kedah, beliau telah di kurniakan pingat Bintang Cemerlang Kedah (BCK) pada 8 Januari 2004 oleh Ke bawah Duli Yang Marta Mulia Sultan Abdul Halim Mu' adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah sempena hari keputeraan tuanku yang ke 76 tahun.
Ingatkan Saya

Ahad-Rabu
8.00a.m-5.00p.m

Khamis
8.00a.m-3.30p.m

Rehat
1.00p.m-2.00p.m

Hari ini36
Semalam108
Minggu ini656
Minggu Lepas859
Bulan ini2374
Bulan lepas1300
Jumlah453335

qrcodeHakcipta © 2015, Unit Teknologi Maklumat, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kedah Darul Aman.
Penterjemahan Google digunakan untuk bahasa selain daripada English dan Melayu.
Sesuai dipaparkan menggunakan Internet Explorer 9.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768

Kemaskini Terakhir: Khamis, 19 Oktober 2017
Ezyweb Content Management System

Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kedah
Aras 2, Bangunan Mahkamah Syariah,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
Bandar Mu'Adzam Shah,
06550 Alor Setar, Kedah Darul Aman.
Tel: 04-700 1980 Fax: 04-700 1989
Email: syariah[dot]negeri[at]kedah[dot]gov[dot]my

Mobile Web / Kedah Apps