Header3

Prosedur Pendaftaran Kes Rayuan

Kes rayuan ialah kes yang dibuat rayuan dari Mahkamah Rendah Syariah ke Mahkamah Tinggi Syariah atau dari Mahkamah Tinggi Syariah ke Mahkamah Rayuan Syariah. Keputusan Mahkamah Rayuan Syariah ialah keputusan yang muktamad dan tidak boleh dirayu lagi.

Rayuan kes boleh dibuat dalam tempoh 14 hari dari keputusan dibuat. Walaupun begitu bagi kes-kes yang melebihi tempoh rayuan, permohonan kebenaran untuk melanjutkan masa rayuan boleh dibuat di Mahkamah Tinggi Syariah dengan alasan-alasan yang munasabah. Kes-kes yang keputusan dibuat berdasarkan persetujuan pihak-pihak tidak boleh dibuat rayuan.

Perbicaraan kes rayuan pada lazimnya tidak mendengar keterangan saksi dan persoalan fakta, tetapi mengenai persoalan undang-undang sahaja.

Pendaftaran Rayuan Kes Mal

Berikut adalah prosedur pendaftaran kes rayuan mal di Mahkamah Tinggi Syariah dan di Mahkamah Rayuan Syariah.

  1. Pihak Merayu atau peguam dikehendaki memfailkan Notis Rayuan dalam 5 salinan di mahkamah yang membuat keputusan.
  2. Bayaran notis rayuan sebanyak RM50.00.
  3. Setelah notis rayuan diterima dan didaftarkan, Pihak Merayu hendaklah menghantar sendiri satu salinan Notis Rayuan kepada Pihak Kena Rayu.
  4. Alasan Rayuan difailkan dalam tempoh 14 hari selepas tarikh notis makluman “Notis Bahawa Salinan Diperakui Bagi Nota Keterangan Dan Salinan Penghakiman Sudah Siap”, jika tidak rayuan ditolak.
  5. Bayaran kos rayuan sebanyak RM150.00
  6. Pihak Merayu akan menerima “Notis Bahawa Rekod Rayuan Sudah Siap” dan dikehendaki membuat bayaran penyediaan rekod rayuan.
  7. Tarikh bicara akan diberikan dalam tempoh 30 hari bekerja selepas kes rayuan didaftarkan di Mahkamah Tinggi Syariah atau di Mahkamah Rayuan Syariah.

Pendaftaran Rayuan Kes Jenayah

  1. Pihak Merayu memfailkan 5 salinan Notis Rayuan di mahkamah yang keputusan dibuat. Jika pihak merayu berada di dalam penjara notis rayuan boleh diterima secara lisan/tulisan yang diberi kepada Pegawai Penguasa Penjara.
  2.  “Notis Bahawa Salinan Diperakui Bagi Nota Keterangan Dan Salinan Penghakiman Sudah Siap” akan dikeluarkan kepada Pihak Merayu dan dalam masa 14 hari dari tarikh notis, pihak merayu hendaklah memfailkan 5 salinan petisyen rayuan ke Mahkamah yang membuat keputusan.

 Jika petisyen rayuan tidak dimasukkan dalam tempoh yang ditetapkan, rayuan itu disifatkan telah ditarik balik dan rayuan ditolak, kecuali dengan kebenaran khas untuk merayu.  (Rujukan Seksyen 140 (9) dan 142 Enakmen Acara Jenayah Syariah (Kedah) 1988

Jika pihak merayu berada di dalam penjara, petisyen rayuan yang diberi secara lisan/tulisan kepada Pegawai Penguasa Penjara boleh diterima dan Pegawai Penguasa Penjara hendaklah dengan segera menyampaikan notis itu maksudnya kepada Mahkamah yang membuat keputusan. (Rujuk Seksyen 140 (7) (a) (b) Enakmen Acara Jenayah Syariah (Kedah) 1988.

Tarikh bicara akan diberikan dalam tempoh 30 hari bekerja selepas kes rayuan didaftarkan di Mahkamah Tinggi Syariah atau di Mahkamah Rayuan Syariah.

Ingatkan Saya

Ahad-Rabu
8.00a.m-5.00p.m

Khamis
8.00a.m-3.30p.m

Rehat
1.00p.m-2.00p.m

Hari ini194
Semalam211
Minggu ini502
Minggu Lepas623
Bulan ini1229
Bulan lepas2416
Jumlah458026

qrcodeHakcipta © 2015, Unit Teknologi Maklumat, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kedah Darul Aman.
Penterjemahan Google digunakan untuk bahasa selain daripada English dan Melayu.
Sesuai dipaparkan menggunakan Internet Explorer 9.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768

Kemaskini Terakhir: Selasa, 12 Disember 2017
Ezyweb Content Management System

Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kedah
Aras 2, Bangunan Mahkamah Syariah,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
Bandar Mu'Adzam Shah,
06550 Alor Setar, Kedah Darul Aman.
Tel: 04-700 1980 Fax: 04-700 1989
Email: syariah[dot]negeri[at]kedah[dot]gov[dot]my

Mobile Web / Kedah Apps