Header3

Prosedur Pendaftaran Kes Mal

Terdapat 2 jenis pendaftaran kes MAL yang boleh dibuat di Mahkamah Syariah iaitu:

1.    Kes Tuntutan; dan 
2.    Kes Permohonan

Kes Tuntutan ialah tiap-tiap tindakan atau prosiding kes mal yang dimulakan dengan saman berserta penyata tuntutan.

Kes Permohonan ialah tiap-tiap tindakan atau prosiding kes mal yang dimulakan dengan notis permohonanberserta afidavit sokongan.

Syarat-Syarat Pelanggan Boleh Mendaftarkan Kes

Mengikut Seksyen 3(1) Enakmen Keluarga Islam (Kedah) 1979 seseorang itu boleh mendaftarkan kesnya di Mahkamah Syariah jika beliau adalah seorang Islam yang menjadi pemastautin atau pemukim di Negeri Kedah Darul Aman. Bukti pemastautin/pemukim hendaklah dikemukakan semasa pendaftaran kes. Bukti pemastautin/pemukim adalah seperti berikut :

  1. Kad pengenalan.  
  2. Kad penukaran alamat. 
  3. Surat pengesahan anak kariah oleh imam berkenaan.
  4. Bil elektrik/telefon/air/cukai pintu.

Pendaftaran Kes Di Mahkamah Tinggi Syariah Dan Di Mahkamah Rendah Syariah 

Kes-kes yang boleh didaftarkan di Mahkamah Tinggi Syariah ialah:

1.    Tuntutan harta sepencarian. 
2.    Tuntutan hadhanah (hak penjagaan anak) 
3.    Tuntutan mal yang nilainya melebihi RM50 ribu 
4.    Permohonan semakan kes dari Mahkamah Rendah Syariah.

Kes-kes yang boleh didaftarkan di Mahkamah Rendah Syariah ialah:

1.    Tuntutan pembubaran perkahwinan (penceraian). 
2.    Tuntutan nafkah anak. 
3.    Tuntutan Fasakh. 
4.    Tuntutan mal yang nilainya kurang dari RM50 ribu.

A. Pendaftaran Kes Tuntutan   

  • Setiap pendaftaran kes tuntutan hendaklah dikemukakan kepada Pendaftar/Penolong Pendaftar Mahkamah Syariah secara serahan tangan. Pendaftaran Secara Pos Tidak Diterima.
  • Pendaftaran yang lengkap dan mengikut undang-undang sahaja yang akan diterima.
  • Tiap-tiap dokumen pendaftaran kes hendaklah dikemukakan dalam 4 salinan dengan disertakan satu salinanasal.
  • Bagi pendaftaran kes tuntutan hendaklah disertakan dengan perkara-perkara berikut: 
  1.  Borang Tajuk Am. 
  2.  Borang Saman yang lengkap diisi. *
  3.  Penyata Tuntutan yang menyatakan mengenai tuntutan kes. 
  4.  Ikatan dokumen yang disahkan (jika perlu)
  5.  Wang pendaftaran secukupnya. 
  6.  Wakalah peguam syarie bagi yang menggunakan khidmat peguam syarie.

 *Saman Untuk Pihak Kena Tuntut Hendaklah Disertakan Satu Lagi Salinan Saman Tanpa Penyata Tuntutan Bagi Ditandatangan Bukti Penerimaan

5.    Kes-kes tuntutan antaranya adalah seperti berikut:

  • Tuntutan Pengesahan Wakaf.
  • Tuntutan Pengesahan Nazar.
  • Tuntutan Gantirugi Pertunangan.
  • Tuntutan Fasakh.
  • Tuntutan Muta'ah.
  • Tuntutan Harta Sepencarian.
  • Tuntutan Nafkah Isteri.
  • Tuntutan Nafkah kepada pihak tak upaya.
  • Tuntutan Tuntutan Cagaran Nafkah
  • Tuntutan Nafkah Eddah.
  • Tuntutan Mengubah Perintah Nafkah.
  • Tuntutan Tunggakan Nafkah.
  • Tuntutan Nafkah Anak
  • Tuntutan Hadhanah (Hak Jagaan Anak)
  • Tuntutan Mengubah Perintah Hak Jagaan Anak.
  • Tuntutan Mengubah Perintah Nafkah Anak.
  • Tuntutan Ganishmen / Hiwalah.
  • Tuntutan Penghutang Penghakiman.

B.    Pendaftaran Kes Permohonan

  • Setiap pendaftaran kes permohonan hendaklah dikemukakan kepada Pendaftar/Penolong Pendaftar Mahkamah Syariah secara serahan tangan. Pendaftaran Secara Pos Tidak Diterima.
  • Pendaftaran yang lengkap dan mengikut undang-undang sahaja yang akan diterima.
  • Tiap-tiap dokumen pendaftaran kes hendaklah dikemukakan dalam 4 salinan dengan disertakan satu salinanasal.
  • Bagi pendaftaran kes tuntutan hendaklah disertakan dengan perkara-perkara berikut:
  1. Borang Tajuk Am.
  2. Borang Permohonan yang lengkap diisi. * 
  3. Afidavit Sokongan yang ditandatangani dihadapan Pendaftar/Penolong Pendaftar Mahkamah Syariah. 
  4. Eksibit-eksibit (jika perlu) *** 
  5. Wang pendaftaran secukupnya. 
  6. Surat rujukan daripada Pendaftar Nikah Daerah kepada Hakim Syarie mengenai permohonan nikah bawah umur, nikah wali sultan dan pengesahan janda yang tidak disetubuhi (janda berhias). 
  7. Wakalah peguam syarie bagi yang menggunakan khidmat peguam syarie.

 * Borang Permohonan Untuk Pihak Menentang Hendaklah Disertakan Satu Lagi Salinan Borang Permohonan Tanpa Afidavit Sokongan Bagi Ditandatangan Bukti Penerimaan

6.    Kes-kes permohonan antaranya adalah seperti berikut:

  • Permohonan pembubaran perkahwinan (penceraian) *
  • Permohonan berpoligami. **
  • Permohonan nikah wali sultan.
  • Permohonan nikah bawah umur.
  • Permohonan nikah wali ingkar.
  • Permohonan nikah janda yang tidak disetubuhi.
  • Permohonan aggapan kematian.
* Bagi Permohonan Pembubaran Perkahwinan (Penceraian) di bawah Seksyen 40 Enakmen Keluarga Islam (Kedah) 1979 hendaklah disertakan dengan perkara-perkara berikut :
  1.  Borang Tajuk Am. 
  2.  Borang Permohonan yang lengkap diisi. * 
  3.  Afidavit Sokongan yang ditandatangani dihadapan Pendaftar/Penolong Pendaftar Mahkamah Syariah. 
  4. Borang permohonan penceraian.
  5. Salinan surat nikah. 
  6. Wang pendaftaran secukupnya. 
  7. Wakalah peguam syarie bagi yang menggunakan khidmat peguam syarie.

** Bagi Permohonan berpoligami di bawah Seksyen 17 Enakmen Keluarga Islam (Kedah) 1979 hendaklah disertakan dengan perkara-perkara berikut : 

  1. Borang Tajuk Am. 
  2. Borang Permohonan yang lengkap diisi. * 
  3. Afidavit Sokongan yang ditandatangani dihadapan Pendaftar/Penolong Pendaftar Mahkamah Syariah. 
  4. Borang permohonan poligami
  5. Eksibit-eksibit. *** 
  6. Wang pendaftaran secukupnya. 
  7. Wakalah peguam syarie bagi yang menggunakan khidmat peguam syarie.

 *** Eksibit-eksibit hendaklah diikrarkan dihadapan Pendaftar/Penolong Pendaftar Mahkamah Syariah.

Bagi kes-kes yang Pihak Kena Tuntut / Pihak Menentang berada di luar Negeri Kedah Darul Aman pihak penuntut/pemohon hendaklah memfailkan Permohonan Penyampaian Diluar Bidangkuasa. Pendaftaran Permohonan ini mengandungi perkara-perkara berikut :

  • Borang Permohonan yang lengkap diisi.
  • Afidavit minta kebenaran untuk penyampaian diluar bidang kuasa yang diikrarkan dihadapan pendaftar/penolong pendaftar pada hari pendaftaran kes.

Selepas semua dokumen sempurna dan bayaran pendaftaran kes dibuat, pihak penuntut/pemohon akan diberikan tarikh sebutan kes kali pertama dalam tempoh 30 hari bekerja dari tarikh pendaftaran.

NOTA: PENDAFTARAN KES BOLEH DIBUAT SENDIRI OLEH PEMOHON/PIHAK PENUNTUT ATAU MELALUI KHIDMAT PEGUAM SYARIE BAGI YANG BERKEMAMPUAN ATAU MELALUI KHIDMAT PEGUAM DARI BIRO BANTUAN GUAMAN BAGI YANG KURANG BERKEMAMPUAN.

Ingatkan Saya

Ahad-Rabu
8.00a.m-5.00p.m

Khamis
8.00a.m-3.30p.m

Rehat
1.00p.m-2.00p.m

Hari ini92
Semalam101
Minggu ini451
Minggu Lepas859
Bulan ini2169
Bulan lepas1300
Jumlah453130

qrcodeHakcipta © 2015, Unit Teknologi Maklumat, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kedah Darul Aman.
Penterjemahan Google digunakan untuk bahasa selain daripada English dan Melayu.
Sesuai dipaparkan menggunakan Internet Explorer 9.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768

Kemaskini Terakhir: Selasa, 17 Oktober 2017
Ezyweb Content Management System

Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kedah
Aras 2, Bangunan Mahkamah Syariah,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
Bandar Mu'Adzam Shah,
06550 Alor Setar, Kedah Darul Aman.
Tel: 04-700 1980 Fax: 04-700 1989
Email: syariah[dot]negeri[at]kedah[dot]gov[dot]my

Mobile Web / Kedah Apps