Header3

Perkhdimatan BSK

PERKHIDMATAN BSK TRANSIT JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI KEDAH (JKSNK)

BSK Kedah menyediakan Perkhidmatan BSK Transit yang menawarkan bantuan kewangan yang merangkumi perkhidmatan penginapan, makan minum dan perjalanan bagi tujuan menghadiri perbicaraan di mahkamah-mahkamah syariah di Negeri Kedah Darul Aman.

Bantuan ini ditawarkan bagi meringankan beban kewangan pihak-pihak yang menetap di luar Negeri Kedah dan terpaksa berulang alik ke Mahkamah Syariah di mana-mana daerah di Negeri Kedah sehingga tuntutan atau prosiding selesai.

 

1.         Kriteria dan Ciri-ciri Kelayakan Pemohon

(a)       Pemohon beragama Islam,

(b)       Merupakan pihak di dalam prosiding kes Mal di Mahkamah Syariah Negeri Kedah sahaja;

(c)        Berpendapatan RM 3,000 (Ringgit Malaysia Tiga Ribu) dan kebawah;

 (d)      Tinggal di luar kawasan Negeri Kedah; dan

(e)       Tidak berkemampuan terdiri daripada golongan miskin dan faqir.

 2.        Tatacara Permohonan :

2.1      Permohonan hendaklah dikemukakan kepada Pegawai BSK JKSNK dengan mengemukakan dokumen-dokumen berikut :

                        (a) Borang permohonan BSK Transit JKNSK;

                        (b) Salinan Kad Pengenalan pemohon;

                        (c) Salinan notis kehadiran dan/atau notis tangguhan dari Mahkamah

                             Syariah Negeri Kedah;

(d) Slip gaji (sekiranya ada) ;

(e) Borang Akuan Pendapatan / Akuan Tidak Bekerja. (berpendapatan kurang daripada RM3 ,000 ke bawah pengesahan daripada Penolong Pengarah Kanan  Zon, Penghulu, Pengerusi JKKK, Ketua Kampung, Imam Kariah  (Penolong Pendaftar), Pengerusi Jawatankuasa penduduk/ Taman Perumahan (jika berkaitan)

(f)  Salinan muka depan buku bank untuk urusan pembayaran wang.

2.2       Setiap permohonan hendaklah dipohon tujuh (7) sebelum tarikh prosiding Mahkamah Syariah, kecuali terdapat alasan munasabah yang dipertimbangkan dan diluluskan oleh Pegawai BSK mengikut setiap kes secara berasingan.

2.3       Bantuan BSK Transit JKSNK ini hanya terhad kepada 5 kali permohonan sahaja.

2.4       Setiap pemohonan perlu memenuhi syarat dan kriteria yang telah ditetapkan. Bergantung kepada terma dan syarat.

Sebarang persoalan sila hubungi kami :

BAHAGIAN SOKONGAN KELUARGA,
JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI KEDAH,
ARAS 1, BANGUNAN MAHKAMAH SYARIAH,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN,
06550 BANDAR MUADZAM SHAH, KEDAH. 

NO TEL : 04-730 7204

Ingatkan Saya

Ahad-Rabu
8.00a.m-5.00p.m

Khamis
8.00a.m-3.30p.m

Rehat
1.00p.m-2.00p.m

Hari ini10
Semalam47
Minggu ini10
Minggu Lepas580
Bulan ini1415
Bulan lepas3420
Jumlah455796

qrcodeHakcipta © 2015, Unit Teknologi Maklumat, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kedah Darul Aman.
Penterjemahan Google digunakan untuk bahasa selain daripada English dan Melayu.
Sesuai dipaparkan menggunakan Internet Explorer 9.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768

Kemaskini Terakhir: Rabu, 15 November 2017
Ezyweb Content Management System

Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kedah
Aras 2, Bangunan Mahkamah Syariah,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
Bandar Mu'Adzam Shah,
06550 Alor Setar, Kedah Darul Aman.
Tel: 04-700 1980 Fax: 04-700 1989
Email: syariah[dot]negeri[at]kedah[dot]gov[dot]my

Mobile Web / Kedah Apps