Header3

Mantan Hakim Syarie JKSN Kedah

  Dato’ Wira Syeikh Yahaya Bin Haji Jusoh,
DGMK., DSDK., BCK.

MAKLUMAT 1

Dato' Syeikh Yahaya Bin Haji Jusoh telah dilahirkan pada 14 Februari 1948 di Kampung Bukit Raya, Pendang, Kedah. Beliau telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Kampung Bukit Raya Dalam, Pendang pada tahun 1954 hingga tahun 1962. Setahun kemudian, beliau melanjutkan pelajarannya ke Sekolah Menengah Agama Batu Menunggol, Pendang sehingga tahun 1966. Beliau kemudiannya memasuki Kelas Khas di Maktab Mahmud selama dua tahun. Pada tahun 1969, beliau menyambung pengajiannya di Sekolah Agama Nahdatul Hasanah, Melele dan menuntut di sekolah tersebut selama dua tahun.

Seterusnya, beliau telah ditawar melanjutkan pelajarannya di Universiti Al-Azhar, Mesir pada tahun 1971. Beliau akhirnya berjaya menamatkan pengajiannya pada tahun 1976 di universiti tersebut dengan memperolehi Ijazah B.A. Kecintaan terhadap ilmu telah mendorong beliau melanjutkan pelajaran di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada tahun 1988 dan memperolehi Diploma Undang-undang Pentadbiran dan Kehakiman. 


Kerjaya

Dilantik menjadi kadi (1 Mac 1979)

Kadi Daerah Pendang (1 Jun 1979)

Kadi Daerah Bandar Baharu (1 April 1982)

Pendaftar Mahkamah Syariah (15 Julai 1984 - 14 Julai 1987)

Kadi Daerah Kota Setar (15 Julai 1987 - 30 Jun 1988)

Pendaftar Mahkamah Syariah (1 Julai 1988)

Timbalan Kadi Besar Kedah Tengah (2 Ogos 1989)

Timbalan Kadi Besar Kedah Utara (1990)

Ketua Penerangan dan Dakwah Negeri Kedah (16 Oktober 1995)

Yang DiPertua Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK), (3 Mac 1998 hingga 2003)

Ketua Hakim Syarie Negeri Kedah Darul Aman, (3 Mac 2003 hingga 15 Februari 2015) 

Sebagai mengenang jasa dan sumbangannya kepada negeri Kedah, beliau telah dianugerahkan Setia DiRaja Kedah (S.D.K.) pada tahun 1991 dan Bintang Cemerlang Kedah (B.C.K.) pada tahun 1997


MAKLUMAT 2
 

a)      UNIVERSITI AL-AZHAR, MESIR (IJAZAH SARJANA MUDA (BA) SYARIAH) UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA (DIPLOMA UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN DAN KEHAKIMAN)

b)      PENGALAMAN KERJA : GURU SANDARAN MAKTAB MAHMUD, ALOR SETAR : PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM, JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI KEDAH

c)      KADI DAERAH PENDANG

d)      KADI DAERAH BANDAR BHARU

e)      PENDAFTAR MAHKAMAH SYARIAH ALOR SETAR

f)        TIMBALAN KADI BESAR, KEDAH UTARA

g)      KETUA BAHAGIAN DAKWAH, JABATAN AGAMA ISLAM NEGERI KEDAH

h)      YANG DIPERTUA MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI KEDAH

i)        KETUA HAKIM SYARIE NEGERI KEDAH

j)        KETUA HAKIM SYARIE NEGERI KEDAH (KONTRAK)
 

SUMBANGAN 

a)      PENASIHAT BADAN KEBAJIKAN JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI KEDAH TIMB. PENGERUSI LEMBAGA MAKTAB MAHMUD

b)      TIMB. YANG DIPERTUA PBMITT (CAW. KEDAH / PERLIS)

c)      PENGURUSI PUSAT PENGAJIAN DARUS SALIHIN

d)      YANG DIPERTUA PIBG SEKOLAH MENENGAH TUNKU MALIK, ALOR SETAR PENGURUSI MA'HAD ADDINI, ALOR SETAR

e)      AHLI MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI KEDAH (MAIK)

f)       AHLI JAWATANKUASA ZAKAT NEGERI KEDAH

Ingatkan Saya

Ahad-Rabu
8.00a.m-5.00p.m

Khamis
8.00a.m-3.30p.m

Rehat
1.00p.m-2.00p.m

Hari ini118
Semalam211
Minggu ini426
Minggu Lepas623
Bulan ini1153
Bulan lepas2416
Jumlah457950

qrcodeHakcipta © 2015, Unit Teknologi Maklumat, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kedah Darul Aman.
Penterjemahan Google digunakan untuk bahasa selain daripada English dan Melayu.
Sesuai dipaparkan menggunakan Internet Explorer 9.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768

Kemaskini Terakhir: Selasa, 12 Disember 2017
Ezyweb Content Management System

Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kedah
Aras 2, Bangunan Mahkamah Syariah,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
Bandar Mu'Adzam Shah,
06550 Alor Setar, Kedah Darul Aman.
Tel: 04-700 1980 Fax: 04-700 1989
Email: syariah[dot]negeri[at]kedah[dot]gov[dot]my

Mobile Web / Kedah Apps