Header3

Mantan Ketua Hakim Syariah JKSN Kedah

  Dato ' Setia Jaya, Dato ' Paduka Sheikh Hasbullah
Bin Haji Abd Halim,
DHMS, DSDK., BCK.

Dato' Paduka Syeikh Hasbullah bin Hj Abd Halim telah dilahirkan pada 28 Julai 1941 di Langkawi, Kedah. Beliau telah memulakan persekolahan di Sekolah Melayu sehingga darjah 5. Pada tahun 1959, beliau menyambung pelajarannya ke Maktab Mahmud hingga tahun 1963.

Selepas menamatkan pengajian di Maktab Mahmud, Dato' Paduka Syeikh Hasbullah telah berangkat ke Mesir pada tahun 1963 dan menyambung pengajiannya ke Universiti Al - Azhar dan memperolehi Ijazah di dalam bidang Syariah pada tahun 1969. Pada tahun 1986, Dato' Syeikh Hasbullah telah menyambung kembali pengajiannya di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dan memperolehi Diploma Kehakiman dan Pentadbiran Syariah.

Kerjaya

  • Kadi di Daerah Kota Setar
  • Kadi Daerah Yan
  • Kadi Daerah Sik
  • Kadi Daerah Kuala Muda
  • Pegawai Pendakwa (3 tahun)
  • Timbalan Kadi Besar Kedah Selatan (3 tahun)
  • Setiausaha Baitulmal Kedah (5 tahun)
  • Timbalan Kadi Besar Kedah Tengah (6 bulan)
  • Kadi Besar
  • Ketua Hakim Syariah
  • Mufti Negeri Kedah Darul Aman (1 Julai 2002 – 2010)

Penglibatan Pertubuhan Sosial dan Profesional

  • Ahli Jawatankuasa Persatuan Bekas Mahasiswa Islam Timur Tengah
  • Ahli Jawatankuasa Maahad Dini.

Bagi mengenang jasa dan bakti beliau, Dato' Syeikh Hasbullah telah dianugerahkan pingat Bintang Cemerlang Kedah (B.C.K.) pada tahun 1985, pingat Setia DiRaja Kedah (S.D.K.) pada tahun 1992, pingat Dato' Setia DiRaja Kedah (D.S.D.K.) yang membawa gelaran Dato' pada tahun 1996, dan Darjah Seri Setia Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (DHMS)

Ingatkan Saya

Ahad-Rabu
8.00a.m-5.00p.m

Khamis
8.00a.m-3.30p.m

Rehat
1.00p.m-2.00p.m



  •   

    TAHNIAH

    TEAM COMRADE
    JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI KEDAH

    DIATAS PENGANUGERAHAN GOLD MEDAL
    DIDALAM KONVENSYEN TEAM EXCELLENCE WILAYAH UTARA



    DARIPADA :
     
    "JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI KEDAH"
    KEDAH DARUL AMAN

    KEDAH AMAN MAKMUR, HARAPAN MEMAKMURKAN KEDAH
    "SYARIAH ASAS KEADILAN"



Hari ini213
Semalam185
Minggu ini501
Minggu Lepas2303
Bulan ini4935
Bulan lepas10315
Jumlah493617

qrcodeHakcipta © 2015, Unit Teknologi Maklumat, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kedah Darul Aman.
Penterjemahan Google digunakan untuk bahasa selain daripada English dan Melayu.
Sesuai dipaparkan menggunakan Internet Explorer 9.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768

Kemaskini Terakhir: Selasa, 14 Ogos 2018
Ezyweb Content Management System

Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kedah
Aras 2, Bangunan Mahkamah Syariah,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
Bandar Mu'Adzam Shah,
06550 Alor Setar, Kedah Darul Aman.
Tel: 04-700 1980 Fax: 04-700 1989
Email: syariah[dot]negeri[at]kedah[dot]gov[dot]my

Mobile Web / Kedah Apps