Header3

MUZAKARAH PEGAWAI DAN KAKITANGAN BAHAGIAN SOKONGAN KELUARGA (BSK) TAHUN 2017



Pada 23 - 25 Oktober 2017,  –Seramai 4 orang Pegawai dan Kakitangan  Bahagian Sokongan Keluarga ( BSK) Negeri Kedah telah menghadiri Muzakarah Pegawai dan Kakitangan BSK tahun 2017 di Institut Latihan Kepimpinan dan Pembangunan (ILD) UiTM Lebuh Enstek, Bandar Enstek, Nilai.

Muzakarah ini merupakan satu acara tahunan melibatkan pegawai dan kakitangan BSK seluruh Malaysia bagi membincangkan isu-isu khusus berkaitan dengan aktiviti BSK. Disamping itu, ianya juga merupakan satu platfom bagi membincangkan perancangan dan hala tuju BSK dari semasa ke semasa di samping dapat menerapkan nilai-nilai murni di kalangan pegawai dan kakitangan BSK seluruh Malaysia.

Program telah dirasmikan oleh YAA Dato’ Haji Mukhyuddin bin Haji Ibrahim, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie Seluruh Malaysia. Pada majlis itu juga, YAA Dato telah sudi melancarkan Laman Facebook BSK dan BSK Transit. Turut hadir bersama Puan Hajjah Noor Hadina binti Ahmad Zabidi, Ketua Pendaftar Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia yang baru. Semua peserta amat bertuah kerana majlis ini merupakan pertemuan sulung para peserta bersama YAA Dato Ketua Pengarah dan Puan Ketua Pendaftar JKSM yang baru.

 

Muzakarah kali ini telah berlangsung dengan jayanya kerana berjaya menyuntik semangat baru kepada semua serta dapat meningkatkan kemahiran, dan kecekapan  dalam menjalankan misi dan visi bahagian disamping menjalinkan hubungan silaturrahim sesame rakan sejawat dari pelbagai negeri.



Sesi Bergambar Bersama Ketua Pengarah JKSM dan Pegawai & Kakitangan BSK Seluruh Malaysia di Auditorium Institut Latihan dan Kepimpinan  UiTM Bandar Enstek, Nilai.



Gimik Pelancaran Laman Facebook BSK JKSM oleh YAA Dato Ketua Pengarah JKSM, Puan Ketua Pendaftar JKSM dan Puan Pengarah BSK JKSM.


Pegawai dan Kakitangan BSK Kedah yang hadir bersama Puan Pengarah dan Puan Timbalan Pengarah JKSM


Sesi muzakarah dan perbincangan.


Sekian,

Laporan disediakan oleh:

Bahagian Sokongan Keluarga

Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kedah

November 2017

Ingatkan Saya

Ahad-Rabu
8.00a.m-5.00p.m

Khamis
8.00a.m-3.30p.m

Rehat
1.00p.m-2.00p.m

Hari ini8
Semalam47
Minggu ini8
Minggu Lepas580
Bulan ini1413
Bulan lepas3420
Jumlah455794

qrcodeHakcipta © 2015, Unit Teknologi Maklumat, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kedah Darul Aman.
Penterjemahan Google digunakan untuk bahasa selain daripada English dan Melayu.
Sesuai dipaparkan menggunakan Internet Explorer 9.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768

Kemaskini Terakhir: Rabu, 15 November 2017
Ezyweb Content Management System

Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kedah
Aras 2, Bangunan Mahkamah Syariah,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
Bandar Mu'Adzam Shah,
06550 Alor Setar, Kedah Darul Aman.
Tel: 04-700 1980 Fax: 04-700 1989
Email: syariah[dot]negeri[at]kedah[dot]gov[dot]my

Mobile Web / Kedah Apps