Header3

BSK KEDAH SERTAI PROGRAM JELAJAH MESRA INFORMASI JKSM 2017 ANJURAN JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH MALAYSIA (JKSM)

  



18 Nov 2017, Sabtu - Bahagian Sokongan Keluarga Kedah( BSK) telah menyertai Program Jelajah Mesra Informasi JKSM Tahun 2017 anjuran Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) di Dewan Serbaguna Guar Chempedak dengan penyertaan daripada Jabatan-jabatan kerajaan dan orang awam.

 

Program yang dirasmikan oleh YB Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir bin Haji Baharom, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, turut diserikan lagi dengan forum bertajuk “Setelah Kau Ku Miliki” yang diacarakan oleh Moderator Tuan Mohamad Yusro Bin Borhan Nordin, Pegawai Syariah JKSM. Turut hadir sebagai panel jemputan ialah Al-Fadhil Ustaz Imam Muda Asyraf dan Puan Zuraidah Bt Ayob, Pengarah Bahagian Sokongan Keluarga, JKSM.

 

Antara tetamu kehormat ialah Y.A.A Dato Haji Mukhyuddin Bin Hj Ibrahim, Ketua Pengarah JKSM/Ketua Hakim Syarie Malaysia, Yg Berbahagia Tuan Hj Mohd Yusri Bin Hj Md Daud, AMK., BCK., Pegawai Daerah Yan merangkap Yang Dipertua Majlis Daerah Yan dan Yg Berbahagia Dato’ Hajjah Norma Bt Hj Awang DIMP., BKM., PJK, penyelaras DUN Sungai Limau,Kedah.

   

Dengan penyertaan BSK Kedah di program tersebut, dapatlah bahagian ini menyampaikan informasi kepada masyarakat setempat berkaitan penguatkuasaan perlaksanaan perintah Mahkamah Syariah dan isu-isu yang berkaitan dengan Mahkamah Syariah Negeri Kedah.


Laporan disediakan oleh :
Bahagian Sokongan Keluarga,
Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kedah

24 November 2017

 

Ingatkan Saya

Ahad-Rabu
8.00a.m-5.00p.m

Khamis
8.00a.m-3.30p.m

Rehat
1.00p.m-2.00p.m

Hari ini134
Semalam211
Minggu ini442
Minggu Lepas623
Bulan ini1169
Bulan lepas2416
Jumlah457966

qrcodeHakcipta © 2015, Unit Teknologi Maklumat, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kedah Darul Aman.
Penterjemahan Google digunakan untuk bahasa selain daripada English dan Melayu.
Sesuai dipaparkan menggunakan Internet Explorer 9.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768

Kemaskini Terakhir: Selasa, 12 Disember 2017
Ezyweb Content Management System

Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kedah
Aras 2, Bangunan Mahkamah Syariah,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
Bandar Mu'Adzam Shah,
06550 Alor Setar, Kedah Darul Aman.
Tel: 04-700 1980 Fax: 04-700 1989
Email: syariah[dot]negeri[at]kedah[dot]gov[dot]my

Mobile Web / Kedah Apps